awak
awak suka dia
awak suka perhatikan dia
awak suke segalanya tentang dia
awak suka sebab dia kawan baik awak selamanya
awak suka dia lebih daripada kawan awak yang lain sebenarnya
awak
awak suka dia
awak berkawan dengan dia sudah lama
mulanya awak menolak hakikat kawan baik tidak boleh bersama
awak tolak kenyataan lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan berdua
tapi sampai bila awak mampu tipu perasaan sendiri
awak
awak tidak mahu kehilangan dia
awak mahu dia kekal sebagai kawan awak sampai bila-bila
tapi hati awak tidak mampu menanggung rahsia
awak tengok dia bergelak ketawa
awak tidak sanggup rosakkan keadaan gembiranya
dengan meluahkan perasaan dan sendiri terluka
sebab awak tahu, mustahil untuk dia suka
awak
dia luahkan segala benda
awak mampu menjadi pendengar setia
awak menghasilkan dia cara bagaimana mahu hapus derita
walaupun awak tahu apa yang awak buat mungkin awak akan terluka
tapi awak tidak sanggup melihat dia berduka
menjalani hidup dengan siapa yang dia cinta
walaupun awak jelas, bukan awak orangnya
awak
awak memilih untuk membisu
awak mahu biarkan dia buat apa yang dia mahu
asalkan awak tidak kehilangan tempat di sisi dia yang awak rindu
asalkan awak tidak diketepikan bagai manusia yang menganggu
awak sanggup asalkan awak kekal menjadi tempat yang dia tunggu
ya, sebagai tempat dia mengadu
awak
awak pernah cuba berikan gambaran isi hati
tapi dia hanya tersenyum dan ketawa nampak gigi
dia kata awak mungkin sedang bermimpi
tapi dia mahu awak kekal di sisi
awak
awak tidak mahu berputus asa
awak masih mahu menuggu dia
awak masih mahu terus bersama
walaupun awak yang tetap akan terluka
tapi awak tidak mampu tinggalkan dia begitu sahaja
sebab awak tahu dia tiada teman lain macam awak
hanya awak teman yang dia punya
sama seperti awak
awak
awak tetap masih mahu menunggu
walaupun hati sudah terguris seribu
asalkan persahabtan awak tidak terganggu
awak
sampai bila awak mampu bertahan ?
sampai bila awak mampu menjadi seorang kawan ?
sampai bila awak mampu menahan perasaan ?
sampai bila awak mampu tanggung penderitaan ?

No comments:
Post a Comment